MOTTO


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 20 September 2011

Sejarah Restoran Tok Keramat (RTK)


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera untuk semua.
Restoran Tok Keramat (RTK) telah mula beroperasi semenjak Mei 2005. Pada awal penubuhannya, RTK hanya menyediakan hidangan sarapan pagi berupa roti canai dan nasi lemak sahaja. Bermula dari modal yang kecil, RTK hanya berbumbungkan plastik kanvas dan beralaskan tanah. Restoran ini juga hanya menggunakan empat orang pekerja untuk mengkoordinasikan perniagaan ini.


RTK semasa di awal penubuhan




RTK hanya berbumbungkan kanvas dan berlantaikan tanah


Tetapi, semuanya berubah dengan kehendak Allah dan usaha keras yang tidak pernah kenal erti putus asa. Staf RTK yang sentiasa memegang teguh pada kata-kata hikmat berbunyi "Jangan berputus asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci",berjaya membuktikan bahawa segala impian yang diimpikan dapat menjadi realiti. 


Dengan tekad dan semangat semua staf RTK, renovasi restoran telah dibuat secara besar - besaran. Berdasarkan permintaan hangat dan maklum balas positif yang diterima dari pelanggan, RTK telah berkembang maju dengan penambahan struktur bangunan seperti ruang masak dan penaik tarafan restoran. RTK juga telah melanjutkan waktu perniagaanya sehingga makan tengah hari. Sememangnya perbezaan yang ketara dapat dilihat dari segi kekuatan pekerja dan persekitaran yang sangat selesa. 


Namun begitu, hidup tak selalunya indah. Langit pula tak selalunya cerah. Begitulah dengan nasib RTK yang mendapat ujian hebat dari ALLAH baik dari dalaman mahupun luaran. Bagaimanapun, RTK dan staf-staf tidak cepat melatah. Segala masalah yang menimpa, dianggap cabaran untuk berjaya dalam perniagaan. Atas sokongan yang padu dari staf dan pelanggan yang tidak jemu menjamu selera dan memberikan pendapat,segala cabaran berjaya ditempuhi dengan tenang.


Akhir kata, RTK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang setia. Tanpa sokongan dan idea-idea bernas dari kalian semua, RTK tidak akan berjaya hingga ke tahap ini. Di samping itu, RTK amat mengharapkan doa dari para pelanggan agar perniagaan kami dapat berkembang dan seterusnya menjadi contoh kepada usahawan-usahawan muda Melayu untuk memulakan perniagaan tanpa rasa segan silu. Dan kepada staf-staf yang tidak lokek dengan senyuman dalam melayan pelanggan, juga dirakamkan ucapan ribuan terima kasih atas jasa anda. 


p/s:jangan lupa ikuti kisah Sejarah Keramat Katering pada post yang akan datang







2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. saya nak tau juga sejarah.. biasala student university kan,, boleh wat rujukan. tq..:)

    ReplyDelete