ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA
seperti mana yang telah diberitahu dalam post2 yang lepas, RTK telah diubah suai untuk keselesaan pelanggan yang datang berkunjung. Restoran Tok Keramat akan mnjadi salah satu destinasi atau tempat pertemuan yang tidak tertumpu pada satu-satu kelompok sahaja.
Suasana yang selesa dan sesuai untuk diadakan sebarang perjumpaan atau perbincangan sama ada tentang perniagaan atau pun perbincangan kumpulan belajar di kalangan pelajar. Langkah diambil ini adalah satu langkah yang berani kerana mengambil masa yang amat singkat untuk melaksanakan segala perancangan yang telah dirancang.
Di sini, ada saya sertakan beberapa gambar yang sempat diambil untuk tatapan anda yang setia mengikuti perkembangan Restoran Tok Keramat. Sumbangan idea atau cadangan boleh dihantar ke ruangan komen.
Kami amat mengharapkan maklum balas dari anda, tidak kira sama ada negatif mahu pun positif. Kami komited untuk memberikan khidmat kami kepada anda sebaik mungkin untuk kepuasan anda.
![]() |
Pandangan hadapan restoran |
![]() |
Kerja-kerja sedang dijalankan |
![]() |
Jubin akan dipasang |
![]() |
Pekerja sedang memunggah barang |