MOTTO


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 3 October 2011

Biru Turquoise

Meja VIP atau rombongan pengantin

Meja Vip dan Meja Pengantin

Pelamin

Khemah Arabian dan Scallop

Saturday, 24 September 2011

RTK upgraded

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

seperti mana yang telah diberitahu dalam post2 yang lepas, RTK telah diubah suai untuk keselesaan pelanggan yang datang berkunjung. Restoran Tok Keramat akan mnjadi salah satu destinasi atau tempat pertemuan yang tidak tertumpu pada satu-satu kelompok sahaja. 

Suasana yang selesa dan sesuai untuk diadakan sebarang perjumpaan atau perbincangan sama ada tentang perniagaan  atau pun perbincangan kumpulan belajar di kalangan pelajar. Langkah diambil ini adalah satu langkah yang berani kerana mengambil masa yang amat singkat untuk melaksanakan segala perancangan yang telah dirancang. 

Di sini, ada saya sertakan beberapa gambar yang sempat diambil untuk tatapan anda yang setia mengikuti perkembangan Restoran Tok Keramat. Sumbangan idea atau cadangan boleh dihantar ke ruangan komen. 

Kami amat mengharapkan maklum balas dari anda, tidak kira sama ada negatif mahu pun positif. Kami komited untuk memberikan khidmat kami kepada anda sebaik mungkin untuk kepuasan anda.

Pandangan hadapan restoran

Kerja-kerja sedang dijalankan

Jubin akan dipasang

Pekerja sedang memunggah barang





Friday, 23 September 2011

Menu yang ditawarkan


MENU
  • NASI MINYAK / TOMATO / HUJAN PANAS / JAGUNG dll
  • DAGING MASAK KURMA / MASAK MERAH / MASAK HITAM dll
  • AYAM MASAK KURMA / MASAK MERAH /AYAM GORENG BEREMPAH dll
  • GULAI DAGING /REBUNG/UBI/ DALCA
  • ACAR TIMUN
  • BUAH-BUAHAN
  • MINUMAN
    Anda boleh menikmati hidangan pada kualiti RM 8.00 pada harga RM 5.70. Rugi andai tidak mencuba hidangan yang sangat lazat dan berkualiti selaras dengan aspek yang sangat dititik beratkan oleh Keramat Katering iaitu HALAL, SUCI, BERSIH dan BERKUALITI.
    Antara hidangan yang mendapat pujian daripada pelanggan ialah daging masak hitam. Menggunakan resipi rahsia yang diwarisi turun temurun sepastinya amat diingati oleh setiap tetamu yang menjamahnya.
    Di samping itu, Keramat Katering juga menawarkan promosi yang sangat berbaloi dan tidak akan diperolehi dari mana-mana pihak katering. Berikut merupakan tawaran hebat yang telah diberikan oleh Keramat Katering kepada para pelanggan.

    PERCUMA

    NASI PUTIH HIDANGAN VIP (PENGANTIN) – 20 ORANG (DOME)
    PINGGAN MANGKUK
    KERUSI MEJA / ALAS MEJA Mengikut Tema
    PEKERJA
    KHEMAH 5 Buah Untuk 1000 Orang

    MENU ISTIMEWA

    Anda juga boleh memilih menu yang tidak tersenarai di atas mengikut kehendak anda. Antara menu yang mendapat permintaan hangat dari pelanggan adalah seperti berikut:
    1.NASI BUKHARI, NASI MANDY

    2.IKAN BAWAL / IKAN PEKASAM / PUYUH / AYAM DIGORENG PANAS DI LOKASI MAJLIS

    3.BESAMAH IKAN TALANG KERING
    4.GULAI IKAN TALANG KERING
    5.KERABU JANTUNG PISANG MONTEL RAMPAI IKAN KEMBUNG
    6.GULAI REBUNG + KEPAH



    Wednesday, 21 September 2011

    Banjir di PERLIS....

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera

    post kali ni mesti korang dah tau kn pasal tajuk di atas...hehehe...
    sebab dah masuk dlm berita 
    tv1
    tv2
     tv3
    ntv7
    tv8
     tv9
    astro awani......

    hehehe....kitorg dah list sume...kalo ada yg tertinggal, kitorg mintak maap dari hujung rambut kutu hingga ke kuku kaki...hehehehehe

    ok2...banyak sembang, banyak tipu kn??? so, we go back to the topic...

    BANJIR
     
    sepanjang pengalaman kitorng mngendalikan majlis kenduri kawen, kitorang xpenah pn hadapi perkara cmni....hehe..tp ksian kt tuan rumah...kitorg bersimpati kt tuan rumah 2...mulanya majlis tu dh berjalan lancar....adik beradik bliau...kwn2 bliau...sume dh dtg...dan ada yg sedang mnjamu selera...


    11.00 AM
    makanan dan perkakas kenduri dh siap kitorg susun kt tmpat buffet...bleh la snap beberapa pic utk kenangan kt perlis....hehehe..(mcm bru 1st tyme p perlis kn)..bkn ape..kitorg snap pic tu untuk promote kitorg nye company cket..hehe..


    1.30 PM
    tetamu dh mula mkn...byk yg bersembang....kitorg pn sibuk gk mse tu...biase la..knduri dorg wat pada hari isnin...kt PERLIS kn keje mase ari tu...jdi, ramai la kawan2 yg datng pada waktu rehat untuk menjamu selera (jimat duit mkn cket...) hehehehe......



    2.30 PM
    kitorg baru perasan yg air dh melimpah naik atas jln raya...apa lagi..kelam kabut la kitorg refill lauk....tp kitorg xlari pnye la...hehe...kitorg hadap je...tyme ni pengantin dh smpai dh kat umah...baik punye posing bgmbar n adegan suap menyuap....air banjir pn dh smpai kt khemah pngantin..hehe...skali dgn meja mkn dorg hancus....siyes ksian gle...dressing lawa kot...pstu dorg p photoshoot kt mane nth...jd dorg leh la lari jp dri banjir tu...


    4.00 PM
    memandangkan air pn dh makin naik...kitorg pn kne kmas2 brg..sbb kitorg kne blik kr jitra...jaow tu...nti terkandas dlm bnjir lagi susah..sbb esok hari tu ada lagi katering...kne wat preparation utk tomorrow event lak...hehehe...

    ni ade cket2 lagi gmbar utk tatapan korg....



    lpas korg tgk gmbar2 yang ada kitorg selitkan ni, korg bleh nilai la k...stakat mana kepercayaan korg kt Keramat Katering...kitorg mngutamakan kepuasan korg...n pandangan korg, kitorg amek n buat penilaian serta penambahbaikkan dlm melicinkan lagi perjalanan acara2 yang dikoordinasikan oleh Keramat Katering..

    Tuesday, 20 September 2011

    Sejarah Restoran Tok Keramat (RTK)


    Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera untuk semua.
    Restoran Tok Keramat (RTK) telah mula beroperasi semenjak Mei 2005. Pada awal penubuhannya, RTK hanya menyediakan hidangan sarapan pagi berupa roti canai dan nasi lemak sahaja. Bermula dari modal yang kecil, RTK hanya berbumbungkan plastik kanvas dan beralaskan tanah. Restoran ini juga hanya menggunakan empat orang pekerja untuk mengkoordinasikan perniagaan ini.


    RTK semasa di awal penubuhan




    RTK hanya berbumbungkan kanvas dan berlantaikan tanah


    Tetapi, semuanya berubah dengan kehendak Allah dan usaha keras yang tidak pernah kenal erti putus asa. Staf RTK yang sentiasa memegang teguh pada kata-kata hikmat berbunyi "Jangan berputus asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci",berjaya membuktikan bahawa segala impian yang diimpikan dapat menjadi realiti. 


    Dengan tekad dan semangat semua staf RTK, renovasi restoran telah dibuat secara besar - besaran. Berdasarkan permintaan hangat dan maklum balas positif yang diterima dari pelanggan, RTK telah berkembang maju dengan penambahan struktur bangunan seperti ruang masak dan penaik tarafan restoran. RTK juga telah melanjutkan waktu perniagaanya sehingga makan tengah hari. Sememangnya perbezaan yang ketara dapat dilihat dari segi kekuatan pekerja dan persekitaran yang sangat selesa. 


    Namun begitu, hidup tak selalunya indah. Langit pula tak selalunya cerah. Begitulah dengan nasib RTK yang mendapat ujian hebat dari ALLAH baik dari dalaman mahupun luaran. Bagaimanapun, RTK dan staf-staf tidak cepat melatah. Segala masalah yang menimpa, dianggap cabaran untuk berjaya dalam perniagaan. Atas sokongan yang padu dari staf dan pelanggan yang tidak jemu menjamu selera dan memberikan pendapat,segala cabaran berjaya ditempuhi dengan tenang.


    Akhir kata, RTK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang setia. Tanpa sokongan dan idea-idea bernas dari kalian semua, RTK tidak akan berjaya hingga ke tahap ini. Di samping itu, RTK amat mengharapkan doa dari para pelanggan agar perniagaan kami dapat berkembang dan seterusnya menjadi contoh kepada usahawan-usahawan muda Melayu untuk memulakan perniagaan tanpa rasa segan silu. Dan kepada staf-staf yang tidak lokek dengan senyuman dalam melayan pelanggan, juga dirakamkan ucapan ribuan terima kasih atas jasa anda. 


    p/s:jangan lupa ikuti kisah Sejarah Keramat Katering pada post yang akan datang